APSSK2015

Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut, Terengganu telah mewakili Negeri Terengganu dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2015. Dua orang panel hakim telah membuat penilaian di sekolah ini pada hari Khamis, 6 Ogos 2015. Mereka terdiri daripada Encik Zakaria bin Hassan dari Kelantan dan Tuan Haji Jonaidi bin Osman dari Pahang.

Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT, SMA Maarif telah dinobatkan sebagai Johan APSSK 2015. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 21 Oktober 2015 (Rabu) di BTP, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.