Jamuan Akhir Tahun 2016 GPM PKG Raja

7 November 2016, Isnin - Jamuan Akhir Tahun GPM sekolah-sekolah ahli PKG Raja, Besut telah diadakan pada hari ini bertempat di Isma Cafe, Alor Lintah, Besut, Terengganu.

Lawatan ke SESMA

19 Oktober 2016, Rabu - Aku dan sembilan orang guru PSDHA, Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut telah berkunjung ke Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus, Terengganu.

Majlis Perasmian Perpustakaan SMKA Nurul Ittifaq

9 Oktober 2016 (Ahad) : Aku dan beberapa orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) PKG Raja telah dijemput untuk menghadiri majlis di atas yang disempurnakan oleh YB Dato' Haji Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.

Bengkel Memperkasakan Kemahiran Literasi Maklumat

6 September 2016, Selasa - Aku menghadiri bengkel tersebut bertempat di Permai Hotel, Kuala Terengganu. Seramai 30 orang guru PSS dari 10 buah Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu telah menghadiri bengkel yang adakan dari 6 - 8 September 2016.

Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan Guru Pusat Sumber, Sekolah Menengah Terengganu Kohort 2 2016

15 - 17 Ogos 2016 - Bengkel selama 3 hari 2 malam ini telah diadaka di Tanjong Demong Beach Resort, Besut, Terengganu.

Pemantauan PKG Raja ke SMA Maarif

15 Jun 2016, Rabu - Encik Che Lah bin Hamat, PTP II, PKG Raja telah datang ke SMA Maarif pada jam 10.00 pagi hari ini untuk membuat pemantauan PSS tahun 2016. Aku dan Cikgu Rohani bt Hussain, Guru ICT telah bersama beliau sepanjang proses pemantauan berlangsung. Proses pemantauan tamat pada jam 12.00 tengahari.

Kunjungan Ke SMK Syed Abu Bakar, Kupang, Baling, Kedah.

5 Jun 2016, Ahad - Pada hari ini, aku berpeluang untuk menjejakkan kaki di SMK Syed Abu Bakar, Kupang, Baling, Kedah. Kunjungan ini adalah untuk memenuhi jemputan Cikgu Yusof bin Md Saman, Guru Perpustakaan dan Media sekolah ini. Pada hari Khamis, 26 Mei 2016, Cikgu Yusof telah mengetuai rombongan seramai 42 orang guru dan pengawas PSS sekolah ini membuat lawatan penanda aras ke SMA Maarif, Besut.

Kedatangan aku dan keluarga ke sekolah ini telah disambut dengan penuh mesra oleh Cikgu Yusof. Kami dibawa ke pejabat sekolah dan bertemu bual dengan PK Pentadbiran sekolah. Selepas itu, kami dibawa melawat Pusat Sumber Sekolah. Kami sempat mengadakan perbincangan ringkas dan bertukar-tukar idea untuk memajukan PSS.

LPA Sekolah Menengah Sains Setiu, Terengganu

13 April 2016, Rabu - Hari ini, aku menguruskan Lawatan Penanda Aras dari Sekolah Menengah Sains Setiu, Terengganu. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari lpasaistrg.blogspot.my

LPA SK Padang Mengkuang, Terengganu

29 Mac 2016, Selasa - Pada hari ini, saya menguruskan Lawatan Penanda Aras dari SK Padang Mengkuang, Marang, Terengganu. sila layari http://lpaskpmengkuang.blogspot.my untuk melihat gambar-gambar lawatan berkenaan.

LPA GPM Daerah Temerloh, Pahang

28 Februari 2016, Ahad - Pada hari ini, aku diberi peluang untuk melayan tetamu dari Temerloh, Pahang. Maklumat lanjut tentang lawatan penanda aras ini boleh dilayari di http://lpagpmtemerloh.blogspot.my

GPM Terbaik Negeri Terengganu Tahun 2015

21 Februari 2016, Ahad - Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu Tahun 2015 telah diadakan pada hari ini bertempat di dewan besar, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Negeri Terengganu, Marang, Terengganu. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Safruddin bin Ali Husin, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.

Dalam majlis ini, aku telah dianugerahkan sebagai Guru Perpustakaan dan Media Terbaik Negeri Terengganu Tahun 2015 (kategori sekolah menengah).

Jemputan Untuk Memberi Ceramah Pengurusan PSS

1 Februari 2016, Isnin - Pada hari ini, aku dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk Pusat Sumber Sekolah Cemerlang di Dewan Teknokrat, SM Teknik, Kuala Terengganu. Ceramah ini adalah satu slot di dalam Bengkel Pengurusan PSS Abad 21 GPM Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Terengganu. Bengkel ini dihadiri oleh lebih daripada 120 orang GPM sekolah menengah dan rendah dalam Daerah Kuala Terengganu.