Jamuan Akhir Tahun 2015 GPM PKG Raja

12 November 2015, Khamis - Jamuan akhir tahun GPM sekolah-sekolah ahli PKG Raja telah diadakan pada hari ini bertempat di Restoran Rumbia, Kampong Raja.

Lawatan Penanda Aras Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan.

8 September 2015 (Selasa) : Hari ini Sekolah Agama Maarif, Besut telah dikunjungi oleh 37 orang pelawat dari Maktab Sultan Ismail, Telipot, Kota Bharu, Kelantan. Mereka terdiri daripada 6 orang guru (2 lelaki dan 4 perempuan) dan 31 orang murid (19 lelaki dan 12 perempuan).  Rombongan yang diketuai oleh Encik Zahari bin Deraman, Guru Kanan Mata Pelajaran Sains Sosial telah selamat tiba pada jam 11.00 pagi. Ketibaan mereka telah disambut oleh Pengurusan Sekolah dan guru-guru Pusat Sumber Dato' Haji Abbas yang diketuai oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, Penolong Kanan Pentadbiran.

Lawatan Penanda Aras Guru-Guru Pusat Sumber Sekolah dan Kaunselor SMA Terengganu

25 Ogos 2015 (Selasa)Seramai 40 orang guru SMA Terengganu telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Sumber Dato' Haji Abbas. Rombongan ini diketuai oleh Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Ismail, Penolong Pengarah (Pendidikan), MAIDAM. Rombongan terdiri daripada 21 orang guru pusat sumber dan 19 orang kaunselor. Turut sama dalam lawatan ini ialah Tuan Haji Mohd Fauzi bin Mustafa, Penyelia HEM (Pendidikan) MAIDAM. Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh kumpulan pengurusan dan guru-guru pusat sumber diketuai oleh Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua.


Aktiviti 1.  Aktiviti Bergambar di Dataran Pusat Sumber Dato' Haji Abbas

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

23 April 2015 (Khamis) - Seramai 7 orang warga SMA Maarif telah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SMKA & SABK Zon Semenanjung 2014. Mereka terdiri daripada 5 orang guru dan 2 orang kakitangan kumpulan pelaksana. Majlis yang gilang gemilang ini telah diadakan di Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor.

Guru terdiri daripada Encik Razak bin Abd Rahman (Guru Perpustakaan dan Media), Encik Muhd Azrul bin Mansor @ Nordin (Kaunselor), Encik Mohd Kthabi bin Yusof (Guru Penolong), Puan Kahizah bt Abd Kadir (Guru Penolong) dan Puan Nurzielah bt Mat Aroff (Guru Penolong). Manakala kakitangan kumpulan pelaksana ialah Encik Mohd Yusof bin Muda (Ketua Pembantu Tadbir) dan Puan Norul Shakimah bt Ya Salleh (Penyelia Asrama).