Anugerah Pembestarian Sekolah 2016 Peringkat Negeri Terengganu

23 Januari 2017 (Isnin) : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu telah mengadakan Anugerah Pembestarian Sekolah 2016 Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Besar, BTPN Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Haji A Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu. Dalam majlis ini, seorang murid SMA Maarif, Qathrun Nada binti Ahmad Jasni telah mendapat anugerah Pengacara TV PPS Terbaik (Kategori Sekolah Menengah).

Lawatan Kerja KPP BTPNT

10 Januari 2017, Selasa - Tuan Haji Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah (KPP), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) telah membuat lawatan kerja ke Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut, Terengganu pada hari ini. Turut serta dalam rombongan ini ialah Tuan Haji Akram @ Amir bin Abdul Majid, Penolong Pengarah (KU UPSP), Encik Badrul Hishan bin Mohd Zin dan Puan Siti Halijah binti Ramli. Kedatangan rombongan pada jam 12.30 tengahari telah disambut oleh Encik Mohd Azami bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM (memangku tugas PK Pentadbiran). Rombongan telah dibawa ke Bilik Pengetua untuk bertemu dengan Tuan Haji Azizol Rahman bin Lope Pihie, Pengetua. Satu perbincangan dalam pelbagai perkara telah berlangsung. Perbincangan berlangsung dengan penuh mesra dan ceria.