Pemantauan PKG Raja ke SMA Maarif

15 Jun 2016, Rabu - Encik Che Lah bin Hamat, PTP II, PKG Raja telah datang ke SMA Maarif pada jam 10.00 pagi hari ini untuk membuat pemantauan PSS tahun 2016. Aku dan Cikgu Rohani bt Hussain, Guru ICT telah bersama beliau sepanjang proses pemantauan berlangsung. Proses pemantauan tamat pada jam 12.00 tengahari.

Kunjungan Ke SMK Syed Abu Bakar, Kupang, Baling, Kedah.

5 Jun 2016, Ahad - Pada hari ini, aku berpeluang untuk menjejakkan kaki di SMK Syed Abu Bakar, Kupang, Baling, Kedah. Kunjungan ini adalah untuk memenuhi jemputan Cikgu Yusof bin Md Saman, Guru Perpustakaan dan Media sekolah ini. Pada hari Khamis, 26 Mei 2016, Cikgu Yusof telah mengetuai rombongan seramai 42 orang guru dan pengawas PSS sekolah ini membuat lawatan penanda aras ke SMA Maarif, Besut.

Kedatangan aku dan keluarga ke sekolah ini telah disambut dengan penuh mesra oleh Cikgu Yusof. Kami dibawa ke pejabat sekolah dan bertemu bual dengan PK Pentadbiran sekolah. Selepas itu, kami dibawa melawat Pusat Sumber Sekolah. Kami sempat mengadakan perbincangan ringkas dan bertukar-tukar idea untuk memajukan PSS.