Mukadimah

Aku telah dilantik secara rasmi sebagai Guru Perpustakaan dan Media berkuatkuasa pada 16 Mac 2012. Rujukan : P.T.05009-02/4(52) bertarikh 14 Mac 2012. Lantikan kedua berkuatkuasa pada 1hb November 2013. Rujukan : P.T.08012-9 jld.3(36) bertarikh 26hb Oktober 2013. Aku telah menghadiri Kursus Asas Pengurusan PSS untuk GPM Negeri Terengganu (KOHOT 2) pada 2 - 5 Mei 2011. Kursus selama 4 hari 3 malam ini telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang, Terengganu.

Aku telah menerima Sijil Penghargaan sebagai Guru Perpustakaan dan Media Terbaik Kategori Sekolah Menengah sempena Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Terengganu yang telah diadakan pada 21 Februari 2016 bertempat di Dewan Besar, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang, Terengganu. Sijil penghargaan ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.