LPA GPM Daerah Temerloh, Pahang

28 Februari 2016, Ahad - Pada hari ini, aku diberi peluang untuk melayan tetamu dari Temerloh, Pahang. Maklumat lanjut tentang lawatan penanda aras ini boleh dilayari di http://lpagpmtemerloh.blogspot.my

GPM Terbaik Negeri Terengganu Tahun 2015

21 Februari 2016, Ahad - Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu Tahun 2015 telah diadakan pada hari ini bertempat di dewan besar, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Negeri Terengganu, Marang, Terengganu. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Safruddin bin Ali Husin, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.

Dalam majlis ini, aku telah dianugerahkan sebagai Guru Perpustakaan dan Media Terbaik Negeri Terengganu Tahun 2015 (kategori sekolah menengah).

Jemputan Untuk Memberi Ceramah Pengurusan PSS

1 Februari 2016, Isnin - Pada hari ini, aku dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk Pusat Sumber Sekolah Cemerlang di Dewan Teknokrat, SM Teknik, Kuala Terengganu. Ceramah ini adalah satu slot di dalam Bengkel Pengurusan PSS Abad 21 GPM Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Terengganu. Bengkel ini dihadiri oleh lebih daripada 120 orang GPM sekolah menengah dan rendah dalam Daerah Kuala Terengganu.